Monday 5 September 2011

Raya aku dulu2

                           Pejam celik. Pejam celik.... Pejam tak celik2.  dah seminggu raya rupanya. Hurm aku tak tipu, raya tahun ni memang tak best la. Bukanlah maksud aku tak best pasal makin kurang dapat duit raya, memang pun tapi aku rasa kurang syok la raya tahun ni. Hurm sebenarnya bukan tahun ni je, tapi ada lah dalam 2 3 tahun yang lepas pun aku rasa kesuraman Hari Raya aku.

                           Aku masih ingat lagi mase aku kecik2 dulu.  Fuh masa tu aku sambut raya dengan penuh kenikmatan. Malam raya je aku dah start men bunga api. Dulu bunga api tu adalah perkara yang wajib untuk dimainkan time raya bagi kanak seperti aku. Aku ingat lagi masa men bunga api tu perkara yang paling aku suka bakar sarang semut guna percikan dari bunga api yang aku men. Fuh, menggelupur semut2 tu. Kalau aku untung, aku jumpa queen semut, kan besar kan kan kan, aku bakar sampai hangus. Pastu dengan bongkaknya aku hancur2kan badan semut tu. Jadi abu da. Aku bangga, aku kuat giler macam Goku. Hahahha.. Bongkak2.

                         Mercun masa aku kecik2 adalah mercun mancis je, tak pun mercun padi. Huh aku lantas teringat masa tu aku darjah 5 kalau tak silap aku. Member aku wat aksi luar biasa dengan memegang mercun padi dan letupkan kat ujung jari. Perh, respect2. Aku pun belajar la. Last2 aku geti jugak buat. Masa tu bangga bukan main lagi aku. Lantas aku pun action la kat sedara2 aku, balik umah nenek aku je aku tunjuk kat sedara2 aku, aku pandai bakar mercun padi pakai tangan je. Hebat tak? Heheh.. tapi kemaluanku sungguh menyerlah. Rupanya sedara aku lagi power beb. Beliau boleh bakar mercun roket, pengang, bila dah nak terbang die lepaskan. Huh, kemaluan sungguh aku masa tu.
         
                       Kenapa aku xmain mercun kuat2 masa kecik2 dulu?hahahah. Ye, aku penakot sikit dengan mercun ni. Lagi2 mercun bola, ketupat, telur. Perh masa tu mercun bola bagi aku dah macam bom dah. Mak aku cakap kalau main mercun nanti tangan hancur la, muka hancur la, kaki hancur la, telinga hancur la, hidung hancur la. Aku pun ikut la cakap mak aku pasal aku kan anak mak. Kalau sedara-sedara aku main mercun, aku cuma dapat tengok je la. Main? Huh, jauh sekali. Kuat memang kuat, kalau meletup tu, aku tepuk tangan la. Best nampak asap berkepul2 kan. Aku cakap kat dalam hati, asap tu macam jin la. Pastu aku geleng kepala sengsorang. Ye la aku kan terencat sikit.

                      Nikmat betul aku masa raya dulu2. Pagi raya je apa yang aku fikirkan adalah kuih raya. Ye, pelik tak? Biasa budak2 sezaman dengan aku mesti fikir duit raya kan? Tak kisah la berapa pun asalkan namanya duit. Dulu2, kalau Rm 10 tu kira mewah giler la tu, boleh beli kereta dash. Tapi bagi aku kuih yang aku kejar dulu, aku paling suke Almond London. Fuhh... Badam dia adalah kegilaan aku sampai aku jadi gile. Hahaha. Ni citer betul. Aku x main2. Ha pas bedal kuih2 kat umah nenek aku, aku g sembahyang raya. Hahah aku teringat satu kejadian time sembahyang raya masa tu. Hahaha adalah sorang pakcik ni, sebelah aku. Hahah, dia terkentut tau. Hahah pastu dia selamba je sambung sembahyang. Yang budak kecik depan aku cakap kuat2 " EEEE. Kentottttt " Hah, pakcik tu selamba je. Aku kelekek2 nak ketawa, tapi aku tahan je la. Pakcik........... pakcik... Ntah pape la ko ni. 


                     Tapi sekarang, kemeriahan tu aku dah tak rasakan lagi dah. Mungkin sebab faktor umur. Eah, aku baru 19. Kan kecik lagi kan? Ha dengan umur yang sedemikian, takkan la aku nak g beraya kat umah2 orang tak kenal. Dulu2 boleh la, reramai, aku dengan member aku, g beraya. Umah kenal x kenal, sebat je. Haha sampai ada suatu ketika tu, ada satu umah ni, kitorang bagi salam, tapi orang dalam umah tu jawab " Umah tak ada orang !!! "  Tak ada lah, aku kesian kadang2 dengan golongan2 sedemikian. Agaknya dia tak tahu yang budak2 kecik ni kan bijak2. Tak kan tak boleh nak pikir ... Apa die tak tahu ke yang sistem pembelajaran sekolah rendah kat Malaysia ni jauh lagi moden dan canggih berbanding US, ? Hah.Budak2 sezaman aku sume pintar2 tahu enggak?.. tepuk telor tanya selera, selera tak? Apa pun itu lah aku dulu... Sekarang semua tu jadi kenangan bagi aku. Kalau sekarang pun,  nak beraya umah sedara, member2 pun kadang2 segan, yela mana taknya, kalau dulu sedara2 pompuan nampak skema je kan, yela budak2 darjah 5 6... Sekarang amek ko... Baju kebaya, nampak coli, kain nampak peha, bedak kat muka kalau boleh nak sapu sampai satu botol bedak, dengan blusernyer macam opera cina. Cun2. Kalau g raya umah member pompuan, tengok adik die pun sama juga, fuh.... Dah tu kalau laki macam aku pakai boxer je kat dalam, pastu 'adik' kami bangun macam mana? Pastu time tu jugak la kena bangun salam mak ayah die.....Aaaaaaa sudahhhhhh.... Pastu raya tak dapat duit raya, huh, ceh bila tuan umah cakap xada duit raya la dik. Kita pun cakap la haah dah besar, xpe la.. Tak tahu dalam hati macam2 kutuk tuan umah tu.. Macam aku la. hahaha.. 

                           Apa pun sekarang ni bagi aku raya bukanlah sekadar duit raya, kuih raya, mercun, bunga api tapi lebih kepada mengeratkan sillaturrahim., Berkumpul adik beradik, sedara mara ramai. Time ni la nak mintak maaf kan ? Yelah, kita kan banyak kutuk orang, curik barang orang, n sebagainya la malas aku nak tulis. Kalau minta maaf mesti orang maafkan punya. Kalau orang tu x maafkan, jangan korang merajuk pulak tau. Tu tandanya orang tu katak bawah tempurung, tak pun beliau pekak, mungkin buta, tak dapat nak dengar, lihat pengumuman Hari Raya. Ok? maafkan la mereka2.....


                            Ok la sampai sini jela citer aku ok? T raya taun depan aku citer raya aku lagi. Orait? K dah abes dah....








No comments:

Post a Comment